Assalamualikum warahmatullah, Syukur kehadrat illahi kerana diberikan kesempatan dan sedikit pengetahuan untuk menggunakan kemudahan information technologi, adalah lebih baik jika ia memberi sedikit sebanyak manafaat untuk kita semua, mari lah sama-sama berkonsi sedikit ilmu yang kita ketahui, moga-moga bertambah lagi pengetahuan kita, dan moga-moga kita akan birekikan hidayah oleh ALLAH, 

Saya terlalu hina dan terlalu kerdil sekali untuk sama -sama berkongsi pengetahuan dalam soal agama islam ini, bimbang-bimbang pengetahuan yang terlalu cetek itu nanti akan merosakkan akidah diri sendiri 

adalah lebih selesa untuk saya menceduk mana -mana artikel yang dirasakan berguna dari penulis-penulis lain yang lebih ahli . 

semoga kita sama -sama akan menjadikan itu landasan untuk kita laluim dan moga-moga ALLAH memberkati kita...sekian

Al-Quran & Hadith Muslim

Muharram - Bulan pertama dalam Islam

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. 

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. 

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. 

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: 
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun." 




Peristiwa-peristiwa penting: 
• 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah. 
• 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran. 

Pada 10 Muharam juga telah berlaku: 
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah. 

2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit. 

3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan. 

4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud. 

5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa. 






6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. 

7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah. 

8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya. 

9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam. 

10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun. 

11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah. 

12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar. 

13. Hari pertama Allah menciptakan alam. 

14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat. 

15. Hari pertama Allah menurunkan hujan. 

16. Allah menjadikan 'Arasy. 

17. Allah menjadikan Luh Mahfuz. 

18. Allah menjadikan alam. 

19. Allah menjadikan Malaikat Jibril. 

20. Nabi Isa diangkat ke langit. 
  
  
  

111 WASIAT RASULULLAH SAW 32 TAUBAT SEBELUM TERLAMBAT

111 WASIAT RASULULLAH SAW 
32 TAUBAT SEBELUM TERLAMBAT 
============ ========= ======
“RASULULLAH SAW pernah bersabda kepada Aisyah r.a., “Jika engkau melakukan dosa dan bukan merupakan kebiasaan, maka mohonlah ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya, kerana apabila seorang hamba mengakui dosanya, kemudian dia bertaubat kepada Allah, nescaya Allah akan mengampuni dosanya.” 
(HR. Bukhari, Muslim dan Ahmad). 
 
Wahai saudaraku kaum Muslimin! Bertaubatlah kepada Allah adalah merupakan jalan yang dilalui oleh wanita Muslimah untuk sampai kepada Tuhannya, serta akan menambah keuntungannya di akhirat, Tidak ada yang dapat memberikan keuntungan bagi orang-orang yang beruntung pada han akhirat kecuali hanya taubat yang sungguh-sungguh, yang padanya terkandung keikhlasan kepada Allah semata dan dengan cara menjauhi apa-apa yang tidak disukai-Nya. 
 
Taubat itu adalah merupakan ubat yang dapat dipereleh bagi setiap orang yang terkena penyakit jiwa dan perbuatan-perbuatan yang buruk. Sedangkan makna taubat menurut pengertian bahasa ialah kembali”. Maksudnya ialah kembali taat kepada Allah SWT setelah sebelumnya durhaka kepada-Nya. 
 
Wahai saudaraku kaum Muslimah! Perhatikanlah ayat-ayat Al Quran yang menyerumu supaya bertaubat. Firman Allah: 
 
“Katakanlah wahai hamba-hamba- Ku yang melampaui batas, janganlah kamu berputus asa dan rahmat Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengam pun lagi Maha Pen yayang.” 
(As-Zumar: 53) 
 
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.” 
(At-Tahrim: 8) 
 
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” 
(An-Nur: 31) 
 
“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya din sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).” 
 
“Orang-orang yang demikian szfatnya, balasannya ialah keampunan dan Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang rnengalir dibawahnya beberapa sungai, mereka kekal didalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal.” 
(AI-Imran: 135-136). 
 
Bertaubat kerana dosa dan kesalahan termasuk sesuatu yang harus dilakukan secara langsung dan terus menerus, sama ada dosa yang dilakukan itu kecil mahupun besar. Kerana telah diturunkan kepada kita wahyu yang jelas maknanya, yang menganjurkan perbuatan in Sebagaimana Firman-Nya lagi: 
 
“Maka barangsiapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki din, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya.” 
(Al Mqidah: 39) 
 
Setelah kita memperhatikan firman Allah, marilah pula kita perhatikan hadis-hadis Nabi, yang menyeru kita supaya kembali ke jalan Allah. 
 
Diriwayatkan dan Abu Hurairah, dia berkata,: 
 
“Rasulullah SAW bersabda: “Demi Allah, sesungguhnya aku benar-benar memohon am pun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya lebih dan 70 kali dalam satu hari.” 
(HR. Bukhari). 
 
Dan Al-Aghar bin Yassar, dia berkata, “Rasulullah SAW bersabda: 
“Hai manusia bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampunan-Nya, kerana aku juga bertaubat seban yak seratus kali dalam satu hari.” 
(HR. Muslim). 
 
Kalaulah kita ingin memperhatikan pada diri Rasulullah SAW yang makshum itu, yang dosa-dosanya pada masa lalu dan yang akan datang telah diampuni oleh Allah, namun meskipun begitu beliau tetap memohon ampun dan bertaubat kepada-Nya sebanyak seratus kali dalam satu hari. Perkara ini memberikan pengertian kepada kita bahawa pentingnya taubat dalam kehidupan sehari-hari.
 
Wahai saudaraku kaum Muslimin! Sebenarnya hak-hak Allah terlalu agung jika kita harus melaksanakannya. Lalu bagaimanakah caranya supaya kita mendapatkan keredhaanNya? 
 
Mari kita perhatikan ucapan dan seorang ulama’ yang terkenal iaitu Thaniq bin Habib, katanya: “Sesungguhnya hak—hak Allah terlalu agung jika harus dilaksanakan oleh manusia. Namun mereka harus tetap bertaubat pada waktu pagi dan petang hari.” 
 
Wahai Ukhti Muslimah! Sesungguhnya taubat yang dapat mengubati dosa dan menghilangkan pengaruhnya, ialah taubat yang seikhlas-ikhlasnya. Sedangkan yang dimaksud dengan taubat yang seikhlas-ikhlasnya didalamnya terkandung keinsafan sepenuhnya tentang buruknya dosa yang diperbuat di sisi Allah SWT. 
 
Hati harus dipenuhi oleh perasaan sedih dan menyesal serta takut kepada amarah Allah, keinginan kuat yang diiningi dengan meninggalkan dosa itu ketika itu juga dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa yang akan datang, serta berusaha terus membebaskan diri dan pengaruh-pengaruh dosa yang lalu sedapat mungkin. 
 
Apabila seluruh unsur-unsur itu terpenuhi, maka hal itu akan mengubah dosanya menjadi pendekatan diri kepada Allah SWT, sakitnya akan menjadi kelazatan, keburukannya berubah menjadi kebaikan, kegelapannya berubah menjadi cahaya dan kebingungannya berubah menjadi hidayah. 
 
Taubat yang sebenarnya itu mengandung tiga unsur, iaitu ilmu, prihahal keadaan dan perbuatan. Yang dimaksud dengan ilmu ialah: bahawa taubat itu haruslah dilakukan dengan kesedaran dan ilmu. Ertinya, harus diketahui bahawa perbuatan yang sudah dilakukan itu adalah perbuatan dosaa. Sedangkan ilmu yang dimaksudkan disini ialah iman yang yakin. Iman iaitu suatu pengertian yang membenarkan bahawa dosa itu adalah suatu perkara yang dapat merosakkan, sedangkan yakin iaitu suatu pengertian yang menguatkan pembenaran tersebut dan yang menghilangkan keragu-raguan. Jika yakin ini telah menguasai hati, maka akan timbullah cahaya iman. 
 
Yang dimaksud dengan perihal keadaan ialah, sesudah hal itu diketahui, hendaklah timbul suatu jeritan di dalam hati, iaitu perasaan menyesal. 
 
Sedangkan yang dimaksud dengan perbuatan ialah, niat yang kuat dan sungguh-sungguh bahawa tidak akan melakukan dosa itu kembali pada han-han yang akan datang. 
 
Begitu juga, apabila taubat seseorang itu ingin diterima disisi Allah, maka seseorang itu harus memperhatikan syarat-syarat yang telah ditentukan, diantara syarat-syarat tersebut ialah: 
 
1. Menyesal atas segala perbuatan dosa yang pernah dilakukan. 
2. Mensucikan din dan perbuatan maksiat yang sudah dilakukan. Kerana tidak ada ertinya bertaubat jika dosa masih terus dikerjakan. 
3. Bertekad dengan sungguh-sungguh bahawa tidak akan mengulanginya lagi, selama hayat dikandung badan, sampai mengucapkan selamat tinggal pada dunia yang fana ini. 
 
Ketiga-tiga syarat ini, wajib dilaksanakan oleh orang yang ingin bertaubat yang berhubungan antara dosa manusia dengan Tuhannya. Akan tetapi jika kesalahan atau dosa yang dilakuan itu berhubung dengan sesama manusia, maka diwajibkan untuk menyelesaikannya kepada orang yang berkenaan. 
 
Wahai Ukhti Muslimah, setelah taubat dan dosadosa engkau lakukan, selepas itu hendaklah sentiasa meletakkan dirimu antara takut dan harap. Berharap dimaksudkan di sini ialah agar Allah menerima taubatmu dengan belas dan kasih-Nya. Sedangkan yang dimaksud dengan takut ialah, takut kalau-kalau Allah tidak menerima segala taubatmu, serta bimbang kalau-kalau kamu melakukan taubat itu tidak dengan sempurna. 
 
Wahai Ukhti Muslimah, bagi setiap orang yang beriman haruslah sentiasa bertaubat kepada Allah tanpa berhenti, dan taubat itu haruslah diperbaharui pada setiap masa dan kesempatan, sebab dosa-dosa yang kita lakukan itu mungkin banyak sekali dosa batin, atau dosa yang tidak kita tahu atau dosa yang kita ketahui. 
 
Oleh kerana itu ketahuilah! Jika kita kembali kepada Allah dengan taubat nasuha, nescaya Allah akan menerima taubat kita, dan menghapuskan segala dosadosa yang telah kita lakukan. Sebagai bukti, perhatikanlah beberapa contoh tentang orang-orang yang bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha itu, sehingga mereka mendapat keuntungan diakhirat. 
 
a. Pembunuh seratus orang. 
============ ========= ======
Dan Abu Sa’id A1-Khudry, bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
“Dulu, diantara orang-orang sebelum kamu ada seorang lelaki yang sudah membunuh 99 orang lalu dia bertanya tentang penduduk burni yang paling ban yak ibadahnya. Lalu dia ditunjukkan ten tang seorang rahib. Diapun pergi menemui rahib itu, kemudian dia menceritakan bahawa dia telah membunuh seban yak 99 orang, maka apakah masih ada ampunan bagi dirinya? 
 
Rahib itu men jawab, “Tidak ada.” 
 
Lalu orang itupun rnembunuh rahib tersebut, sehingga jumlah korban menjadi 100 orang. Kernudian dia bertanya-tanya tentang pen duduk bumi yang paling ban yak ilmunya. Lalu ditunjukkan kepada seorang lelaki yang berilmu. Orang itu pun berkata bahawa dia telah membunuh sebanyak 100 orang, apakah masih ada ampunan bagi dirinya jika ia bertaubat? 
Orang yang berilmu itu men jawab, “Ya. Tidak siapapun yang dapat menghalangi antara dirimu dengan taubatmu.” 
Pergilah engkau ke negeri yang jauh letakknya dan sini, kerana disana ada orang-orang yang menyembah Allah, dan sembahlah Allah bersama mereka, dan janganlah kembali ke negerimu. Kerana negerimu mi adalah tern pat yang rosak.” 
Orang itu pun pergi, sehingga ketika dia di dalarn perjalanan, kematian men ghampiri dirinya. Pada waktu itu malaikat rahmat dan malaikat azab sating berselisih pendapat tentang orang tersebut.
 
Malaikat rahmat berkata; 
“Orang ini telah bertaubat dan menghadap kepada Allah dengan sepenuh hatinya.” 
 
Sedangkan malaikat azab berkata: “Sesungguhnya sekalipun dia belum pernah mengerjakan kebaikan.” 
 
Sedang mereka itu berselisih pendapat, tiba-tiba datang pula malaikat yang berwujud seorang manusia mendatangi mereka dan hendak memutuskan perkara mereka tentang orang tersebut. Maka dia berkata: “Ukurlah jarak antara dua negeri itu. Mana jarak yang lebih dekat, maka ia akan menjadi bahagiannya.” Maka mereka mengukurnya dan mendapatkan bahawa jarak yang paling dekat adalah ke negeri yang hendak di tujunya. Maka malaikat rahmat yang memegang orang tersebut.” 
(Bukhari dan Muslim). 
 
Dalam satu riwayat yang lain pula disebutkan: 
 
“Lalu Allah menurunkan wahyu kepada negeri yang satu ini agar jaraknya lebih jauh, dan memberikan wahyu kepada negeri yang satunya lagi supaya jaraknya lebih dekat. Maka jarak ke negeri yang baik adalah lebih dekat dan negeri yang ditinggalkannya kira-kira satu jengkal. Maka ia dijadikan sebagai penduduk negeri yang baik itu.” 
(HR. Muslim). 
 
Perhatjkanlah wahai saudaraku kaum wanita! Walaupun dosanya sangat besar dan kesalahannya menimbun, akan tetapi ketika rasa penyesalannya betul-betul timbul dan lubuk hati yang mendalam, serta ia benar-benar ingin bertaubat, maka Allah merahmatinya dan menjadikan dirinya termasuk golongan orangorang yang berbahagia. Maka begitu pulalah hendaknya dirimu yang harus betul-betul dalam bertaubat, supaya Allah benar-benar memberikan rahmat-Nya bagi dirimu. 
 
b. Wanita Pezina. 
============ ========= ======
Dan Imram bin Khushain: 
 
“Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita dan kauin Hujainah, yang hamil kerana perbuatan zina. Lalu dia berkata: “Wahai Rasulullah, telah berlalu suatu hukuinan bagiku maka laksanakanlah hukuinan itu atas diriku.” 
Lalu Rasulullah memanggil seorang wall wanita itu serta berkata; “Perlakukanlah dengan cara yang baik terhadap wanita ini, maka jika dia telah melahirkan, bawalah dia kepadaku.” Maka wali itu melaksanakannya. Maka setelah tiba saatnya, Rasulullah mengikat wanita itu dengan pakaiannya kern udian rnernerintahkan kepada para sahabat supaya rnerejarnnya. Kemudian Rasulullah men yembahyangkrrn mayatnya. Lalu lirnar berkata kepada Rasulullah, “Mengapa engkau menyembahyangkan mayat wan ita itu wahai Rasulullah padahal dia telah berzina?” 
 
Maka Rasulullah menjawab; “Sesungguhnya dia telah bertaubat dengan betul-betul taubat, yang andaikata taubatnya itu dibagi-bagikan diantara tujuh puluh orang penduduk Madinah, tentu taubatnya itu sanggup untuk menutupi kesalahan mereka semua. Dan apakah engkau pernah mendapatkan suatu taubat yang lebih utama jika dibandingkan dengan wanita itu yang menyerahkan nyawanya kepada Allah?” 
(HR. Tarmizi dan Ahmad). 
 
Perhatikanlah bagaimana balasan taubat yang sesungguh-sungguhny a. Taubat itu menjadikan seseorang berada dalam suatu persiapan yang besar untuk membersihkan dirinya dan kedurhakaan dan dosa. 
 
Taubat juga merupakan suatu bentuk ubudiyah kepada Allah yang paling disukai oleh Allah. Ianya mempunyai kedudukan yang tidak dapat disamakan dengan yang lain kerana didalamnya terdapat sikap pasrah, menyerahkan din dan tunduk kepada Allah. Bahkan faedah yang paling besar adalah berubahnya keburukan yang pernah dilakukan menjadi kebaikan. 
Sebagaimana firman Allah: 
 
“Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan men gerjakan amal shaleh, ma/ca kejaha tan mereka itu a/can diganti dengan kebaikan.” 
(A1-Furqan: 70) 
 
Ayat di atas ini merupakan khabar gembira bagi orang-orang yang benar-benar bertaubat. Sehingga seorang tabi’in yang mulia bernama Sa’id Al-Musayyab pernah berkata tentang ayat ini, menurutnya; “Allah menggantikan kejahatan yang pernah mereka lakukan dengan kebaikan pada hari kiamat dan memberikan kepada mereka kedudukan yang baik dan setiap kejahatan mereka.”